Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd akan mempamerkan kereta konsepnya yang diberi nama Concept G4 di negara ini menerusi pameran bergerak di empat lokasi.
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, pameran bergerak Concept G4 itu akan bermula esok hingga Ahad ini di Centre Court, pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, diikuti di pintu masuk utama Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang pada 5 hingga 7 Julai; Center Court, Sutera Mall Johor Bahru pada 12 hingga 14 Julai dan Rain Forest, Utama Shopping Mall di Lembah Klang pada 17 hingga 21 Juli.
“Concept G4 dilancarkan baru-baru ini pada Pameran Automobil A ntarabangsa Shanghai Ke-5. Ia adalah ilustrasi terhadap model sedan kompak baru yang dirancang oleh Mitsubishi Motors Corporation (MMC) untuk dilancarkan pada peringkat global,” kata Mitsubishi Motors Malaysia dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Motif potongan berlian Concept G4 menggunakan rekaan bermotifkan potongan berlian yang begitu jelas di bahagian jeriji depan, kombinasi lampu hadapan dan lampu belakang untuk mewujudkan wajah hadapan yang ketara penampilannya dan bahagian belakang yang meninggalkan kesan tanggapan yang tajam apabila ia memacu ke jarak jauh.
Ia memaparkan konsep gaya sedan kompak generasi akan datang menerusi muncung pendek yang menghasilkan penglihatan hadapan yang lebih baik dan pemanduan unggul, bahagian tepi anggun yang mengimbangi ruang dalaman antara yang paling luas dalam kelasnya dengan aerodinamik yang sangat anggun dan garis watak dinamik dari hadapan hingga ke belakang.
Mitsubishi Motors Malaysia berkata, Concept G4 mencatatkan tahap kecekapan bahan api antara terbaik dalam kalangan model sekelasnya dan reka bentuk badannya yang menggunakan teknologi RISE (binaan kerangka badan diperkuat) juga paling ringan dalam kelasnya hasil penggunaan lebih banyak besi regangan tinggi. – Mitsubishi Bandung